Saturday, August 13, 2011

Panorama Hijrah Di Pagi Ramadhan 2011









































Friday, August 12, 2011

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia


Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran 1.

RekaBentuk Duit Syiling

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasiadalah seperti yang berikut:

Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Lihat juga:

Bank Negara Malaysia
25 Julai 2011

© Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.

Siri Ketiga Duit Syiling Baru Malaysia-Akhbar


Siri Ketiga Duit Syiling Baru Malaysia-Akhbar

Dibawah adalah koleksi keratan akhbar berkenaan pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia

Berita Harian - Bank Negara perkenal syiling baru

Berita Harian - Duit syiling baru diperkenalkan tahun depan

Utusan Malaysia - Duit syiling baharu mulai 1 Januari

Harian Metro - Syiling terbaru lebih selamat

Kosmo - Duit syiling baru tahun hadapan

The Star - Coin makeover

The Star - 'old series will be gradually phased out'

Sumber Berita : http://my-koleksi.blogspot.com/

Monday, January 3, 2011

PayBox

PayBox
Why you should join today...
  • You start with a $25 balance and it's free.
  • PayBox will add up to $20 per day to your account for participating as we prepare to launch our new service.
  • You get $10 per person you refer to PayBox.
  • You'll be an EarlyBird user—before PayBox opens to the public.
  • You'll help shape the development of the best payment system ever designed for the Internet.
  • You could have hundreds or thousands of dollars in your account by the time we launch, without ever making a deposit!
http://www.paybox.me/r/brich10

PayBox

PayBox

Sunday, November 28, 2010

Other Money Sennaiqbal Collections (Part 1)

Coins of Jordan
Coins of Jordan

Coins of Malaya's

Coins of Malaya's

Coins of Brunei

Coins of Brunei


Hong Kong

New Penny Hong Kong


Republique Du Tchad

100 Francs

10 Pence

1995

20 cent

Republique of Francaise