Showing posts with label tokoh negara. Show all posts
Showing posts with label tokoh negara. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

APA ITU SYILING PERUF (PROOF COIN)?

Syiling Peruf atau (proof coin) secara mudah bermaksud syiling yang mempunyai permukaan yang berkilau bagaikan cermin. Apabila melihat syiling peruf, anda akan dapat melihat bayangan anda sendiri. Syiling peruf bermaksud cara penempaan syiling tersebut dan BUKANNYA keadaan syiling tersebut. Oleh sebab itu, tiada pengredan seperti AU, BU, UNC, VF dan sebagainya sepertimana pengredan syiling bukan peruf. Syiling peruf kebiasannya didatangkan sekali dengan sijil perakuan untuk membuktikan bahawa syiling tersebut sememangnya syiling peruf.

Sumber : http://syilingperingatan.blogspot.com/2009/05/duit-syiling-peringatan-sempena-bapa.html

APA ITU SYILING PERINGATAN?

Duit syiling yang sangat berbeza daripada syiling edaran yang digunakan dalam urusan harian. Syiling Peringatan kebiasannya dikeluarkan oleh Bank Pusat negara masing-masing sempena dengan peristiwa penting negara berkenaan ataupun ulang tahun sesuatu organisasi penting negara berkenaan ataupun perihal tokoh ternama negara berkenaan. Syiling ini dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad dan dijual pada harga yang lebih tinggi untuk dijadikan sebagai koleksi simpanan individu yang meminatinya.

Sumber : http://syilingperingatan.blogspot.com/2009/05/duit-syiling-peringatan-sempena-bapa.html