Monday, November 22, 2010

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan

BNM Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, bertempat di Kompleks Perbadanan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:

  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,200 sekeping. Sebanyak 150 keping sahaja ditempa.
  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 400 keping sahaja ditempa.
  • Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM1,450 dan hanya terdapat 300 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 600 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

BACA SELANJUTNYA : BNM Siaran Akhbar

No comments:

Post a Comment